Kisahnya Bermula; Di sebuah kampung terdapat satu keluarga petani yang amat miskin. Keluarga ini mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil. Oleh kerana keluarga mereka yang miskin, maka tidak ada budak kampung yang lain yang ingin bermain dengannya. Untuk mengubati kesunyian dirinya maka ia sering bermain dibawah sepohon pokok mangga kepunyaan bapanya. Pohon mangga ini sungguh besar dan berbuah lebat. Budak kecil itu sering memanjat dahan-dahan pohon mangga ini, apabila lapar ia akan mengutip buah mangga yang telah masak yang jatuh kebawah pohon tersebut. Apabila ia kenyang ia akan tidur di perdu pohon mangga tersebut. Sehingga akhirnya budak lelaki itu begitu menyukai pohon mangga dan pohon mangga juga menyayangi budak lelaki tersebut. Hari demi hari berlalu, tahun berganti tahun, panas disangkakan sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari, budak lelaki tersebut tidak lagi mahu bermain dibawah pohon mangga kerana budak ini sudah menjad
Wahai tuhan..yang membolak balikkan hati tetapkanlah hati kami pada agama Mu, Perelokkan akhlak kami, Pertunjuki kami jalan yang benar... jangan lalaikan kami setelah diKau tunjukan kami jalan yang lurus.