bagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan
amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada
memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul
itu adalah syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran
yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu
sentiasa tenang lagi tenteram.
("Banyak ketawa Hati akan jadi gelap")
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti
melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh
pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia
malah menyakiti hati orang. ("Seburuk Buruk Suara Ialah Suara Keldai")
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-
pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan
dakwah ialah berkenal- kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu
gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
Jadilah Kamu Sephon Pokok, Mereka Melempari Kamu Dengan Batu,
Kamu Menggugurkan mereka Buah Yang Ranum...
(As-Shahid Imam Hassan al-Banna)
Ulasan
Catat Ulasan