Kisahnya Bermula;
Di sebuah kampung terdapat satu keluarga petani yang amat miskin. Keluarga ini mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil. Oleh kerana keluarga mereka yang miskin, maka tidak ada budak kampung yang lain yang ingin bermain dengannya.
Untuk mengubati kesunyian dirinya maka ia sering bermain dibawah sepohon pokok mangga kepunyaan bapanya. Pohon mangga ini sungguh besar dan berbuah lebat. Budak kecil itu sering memanjat dahan-dahan pohon mangga ini, apabila lapar ia akan mengutip buah mangga yang telah masak yang jatuh kebawah pohon tersebut. Apabila ia kenyang ia akan tidur di perdu pohon mangga tersebut. Sehingga akhirnya budak lelaki itu begitu menyukai pohon mangga dan pohon mangga juga menyayangi budak lelaki tersebut.
Hari demi hari berlalu, tahun berganti tahun, panas disangkakan sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari, budak lelaki tersebut tidak lagi mahu bermain dibawah pohon mangga kerana budak ini sudah menjadi seorang remaja lelaki yang mula memahami erti cinta. Pohon mangga begitu sedih ia sering mengharapkan kedatangan remaja lelaki tersebut namun hampa. Sehinggalah satu hari dia ternampak remaja lelaki terbabit datang kepadanya dengan muka monyok.
Pohon mangga merasa sungguh gembira tetapi ia hairan kelakuan remaja lelaki ini bukan seperti kebiasaanya. Selalunya ia akan bermain dengan pohon mangga dan memakan buah mangga yang masak tetapi hari ini ia datang memetik kesemua buah mangga tidak ada yang terkecuali. Semuanya, masak atau tidak. Kemudian ia terdengar remaja itu berkata ” Dengan buah mangga ini aku akan menjualnya dipasar dan wangnya akan aku belikan hadiah harijadi untuk teman wanitaku”. Selepas berkata begitu, remaja itu terus berlalu pergi meninggalkan pohon mangga itu sendirian.
Pohon mangga amat sedih tetapi ia tetap menyakinkan dirinya bahawa remaja lelaki itu akan datang jua suatu hari nanti untuk bermain dengannya. Masa berlalu pergi, kini remaja itu sudah dewasa, ia pergi kepada pohon mangga tersebut dan berdiri memandang pohon mangga. Pohon mangga begitu gembira tetapi ia terkejut apabila ia ternampak lelaki tersebut membawa bersama gergaji. Dengan sedih dan hampa pohon mangga merelakan lelaki tersebut memotong dahan-dahannya. Besar dan kecil, semuanya diambil. Ia tertanya-tanya kenapa?? Namun semuanya terjawab apabila ia terdengar lelaki itu berkata, dengan dahan-dahan ini akan aku keringkan kemudian akan ku jual dan hasilnya akan ku belikan persalinan sebagai hantaran kepada bakal isteriku.
. Barulah pohon mangga mengerti bahawa lelaki tersebut yang juga budak lelaki yang disayanginya dahulu sudah berkahwin. Ia tumpang gembira biarpun dahannya sudah tiada.
Masa berlalu dirasakan begitu pantas, suatu hari lelaki tersebut datang lagi dibawah pohon mangga. Pohon mangga begitu gembira, ia nampak sudah ada garis-garis kedut dimuka lelaki tersebut, dan terdengarlah ia kata-kata lelaki tersebut, “Akan ku tebang pohon mangga ini dan batangnya akan kujual untuk dijadikan sampan dan hasilnya akan ku belikan perhiasan yang diminta oleh isteriku”. Selepas berkata begitu lelaki tersebut menebang pohon mangga.
Kini pohon mangga hanyalah tinggal tunggul sahaja dan yang hanya ada pada dirinya adalah akar yang hampir mereput menandakan harinya tidak lama lagi. Ia begitu sedih sekali. Sudah lama lelaki tersebut tidak datang kepadanya dan ia tahu lelaki itu tidak akan datang lagi namun suatu hari tatkala ia merasa begitu keletihan tiba-tiba ia terasa ada seorang tua yang berbaring di perdu tunggulnya, dan apabila diamati tahulah ia orang tua itu adalah budak lelaki yang sering bermain dengannya.
Tiba-tiba ia terdengar lelaki tua itu berkata “Aku sudah letih dalam mengejar kebahagiaan dunia, aku sudah penat dalam melayan kerenah isteriku, dan kini aku ingin berehat dibawah pohon mangga ini untuk selama-lamanya. Maafkan aku wahai pohon mangga.”
Selepas itu ia pun menghembuskan nafas terakhir dan tunggul itu menjadi “nisan” kepada lelaki itu. Akhirnya tunggul jua mati dan ia tetap tersenyum memberi khidmat kepada lelaki itu.
Hikmah: Budak lelaki tersebut adalah kita sendiri di pohon mangga diibaratkan seperti ibubapa kita. Mereka sering berkorban untuk kita. Begitulah cinta ibubapa terhadap anaknya, mereka sanggup berkorban apa jua demi anaknya. Ya Allah ya Tuhanku..ampunilah dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil lagi.... amin~
Ulasan
Catat Ulasan