Daripada Nabi Muhammad SAW
"Di antara tanda-tanda munafiq-apabila dia bercakap-berdusta, apabila diberi amanah dia khianat, apabila berjanji-mungkir dan apabila berselisih pendapat dia melampaui batas".
- Barang siapa yang terdapat kesemua sifat sifat yang tersebut dia adalah seorang munafiq yang tulen... nauzubillah... barang siapa yang terdapat salah satu dari sifat tersebut maka ia telah ada satu dari sikap orang munafiq. Maka hendaklah kita cepat2 istigfar dan buangkan nya sebelum terlambat.
1 - Malas Solat
Firman Allah swt dalam Surah At-Taubah 107;
"Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang-orang mukmin),untuk kekafiran dan untuk memecah-belah antara orang-orang beriman serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya (sejak dahulu). Mereka sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya).
Ketika Rasullullah saw dalam perjalanan pulang dari Tabuq, beliau memerintah para sahabatnya pulang segera ke Madinah dan bakar masjid berkenaan bersempena dengan turunnya ayat tersebut. Abu Amir ar-Rahib bersama rakan-rakannya dianggap sebagai musuh-musuh Islam sehingga para sahabat Rasulullah s.a.w. tidak lagi memanggil dengan gelaran ar-Rahib tetapi dipanggil dengan gelaran Abu Amir al-Fasiq (yang jahat).
Disini lagi satu sikap orang munafiq ialah ia menipu dan golongan munafik ini akan ada di sepanjang zaman sehingga hari kiamat.Dengan sebab itu Allah Taala menguji dan mendedahkan sifat-sifat mereka di dalam al-Quranul Karim.
Firman Allah swt Dalam Surah An-Nisa - 142;
Disini lagi satu sikap orang munafiq ialah ia menipu dan golongan munafik ini akan ada di sepanjang zaman sehingga hari kiamat.Dengan sebab itu Allah Taala menguji dan mendedahkan sifat-sifat mereka di dalam al-Quranul Karim.
Firman Allah swt Dalam Surah An-Nisa - 142;
"Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang,mereka berdiri dengan malas.Mereka hanya bertujuan riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).Apabila tiba waktu sembahyang mereka mendirikannya dalam keadaan malas bukan bersemangat di mana sifat malas sembahyang adalah sifat munafik.Oleh itu umat Islam hendaklah membuang sifat malas ini.
* Allah mahu menyatakan bahawa sifat malas sembahyang sebagai sifat munafik sebagaimana sifat mungkir janji,bohong,khianat kepada amanah sebagai sifat munafik.Oleh itu Allah memerintahkan supaya orang Islam menjauhkan diri dari sifat-sifat ini.
Rasulullah s.a.w. menyatakan sabdanya yang bermaksud:
"Seberat-berat sembahyang kepada orang munafik ialah solat Isyak dan Fajar (Subuh). Kalaulah mereka mengetahui kelebihan yang ada pada solat Isyak dan Fajar ini nescaya mereka akan datang (ke masjid) walaupun dengan merangkak.Sesungguhnya aku bercita-cita bahawa aku memerintah seseorang supaya memerintah manusia sembahyang dan menyuruhnya membawa orang mengerjakan solat kemudian aku pergi bersama beberapa orang lelaki membawa kayu-kayu api untuk pergi ke rumah-rumah orang yang tidak mengerjakan solat jemaah dan aku bakar rumah-rumah itu dengan api."
~Wassalam~
Ulasan
Catat Ulasan