ZIKIR UNTUKMU
"Allah menganugerahkanmu 3 kemuliaan:
(1) Dia membuatmu ingat kepada-Nya, dan jika bukan kerana kurnia-Nya, maka engkau tak layak atas melimpahkan zikir kepada-Nya dalam diri;
(2) Dia membuatmu diingat oleh-Nya, kerana Dia menguatkan hubungan-Nya denganmu; dan
(3) Dia membuatmu diingat di sisi-Nya, maka Allah menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu."
--Syekh Ibnu Atha'illah dalam Al-Hikam
Sungguh, zikir merupakan anugerah Allah SWT yang luar biasa. Allah memberi kesempatan kita untuk berzikir adalah merupakan nikmat yang harus kita syukuri.
Allah SWT berfirman, "Dialah yang memberimu rahmat dan kurnia, sebagaimana kepada para Malaikat."
Biasanya, kita memulai perjalanan batin dengan menanyakan sebab kewujudan ini, dan mengakhirinya dengan mengingat dan menyedari sumber dari semua kewujudan ini.
Kurnia berikutnya, Dia menempatkan kita dalam kedudukan penghambaan sehingga kita mengakui ketuhanan-Nya. Dan, kurnia terbesar adalah Dia memilih kita berada dalam Nur-Nya.
Jadilah ahli zikir yang dipilih... bukan kamu yang memilih.
Moga bermanafaat.
SILA SHARE DAN SEBARKAN
Ulasan
Catat Ulasan