
Firman Allah swt dalam ayat 33 surah 41 fusshilat;
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!
Terdapat beberapa Cara dan Kaedah untuk kita lakukan / amalan amalan mudah dibulan Ramadhan ini....
1) Bersihkan Rohani dengan Taubat dan Penyesalan kerana Allah swt.

firman Allah swt dalam ayat 17-18 Surah 4 An-Nisa';
Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan yang kemudian meraka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: Sesunguhnya saya bertaubat sekarang: Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.
Tidak kira apakah dosa yang dilakukan, kembalilah kepada Allah dengan taubat yang sebenar. Ingatlah bahawa maut akan datang pada bila-bila masa sahaja, dan ia akan membawa kepada kesudahan yang mengejut kepada sebarang peluang untuk bertaubat. Jadi pohonlah keampunan Allah sekarang.
Mungkin seseorang tidak pernah beriman sepangjang hayatnya, hingga ke saat itu. Dia juga mungkin mengikut nafsu dan keinginannya sahaja. Namun, sebagai balasan untuk taubatnya, diikuti dengan keazaman dan keikhlasan yang jitu untuk tidak melakukan kesalahan yang sama lagi, dia sentiasa boleh mengharapkan keampunan daripada Allah. Ingatlah untuk menikmati keringanan daripada beban dosa yang dilakukan terhadap Allah hanya mengambil suatu masa untuk melakukan taubat secara ikhlas dan ini adalah satu-satunya cara untuk mencapai keselamatan daripada azab neraka. Secara dasarnya, seseorang perlu berjanji kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya
2) Doalah Tak kira Masa sentiasa walaupun didalam hati, doalah degan penuh pengharapan. Allah swt Maha Mengetahui setiap insan, Allah sangat memahami diri kita sejak dari kecil lagi Dia memerhatikan kita.
Jangan sesekali lupa bahawa Allah ialah Tuhan sekalian alam termasuklah diri kita dan hanya Dia Wali dan Penolong kita. Oleh itu, ingatlah apabila kita hendakkan sesuatu, mintalah daripada Allah.
Doa ialah salah satu daripada ibadah yang paling penting untuk membawa kita dekat dengan Allah. Sesuai dengan sifatnya, semua manusia perlu berasa untuk melakukan ibadah ini. Walaupun ia sangat penting dan seseuatu yang diperlukan dalam kehidupan mukmin, orang yang tidak beriman hanya melakukannya pada masa-masa susah. Pada masa itu, ia mungkin tidak akan diterima oleh Allah kerana apa yang disenangi Allah ialah untuk meminta pertolongan Allah baik pada masa senang ataupun susah, ini bermakna, pada setiap detik dalam kehidupan kita. Ini kerana, seseorang yang berdoa kepada Allah ialah orang yang mengakui kelemahannya di sisi Allah dan ketidakupayaanya dalam mencapai sesuatu kecuali dengan izin Allah.
3) Sabar dan Redha dalam setiap keadaan. Sabar itu ada beberapa jenis;
Sabar dalam berurusan kerana ia untuk menambah pahala kita.Sabar dalam bersahabat kerana ia menguji kesetiaan.
Sabar di dalam melakukan tindakan kerana ia bakal membuahkan hasil.
Sabar dalam menerima ujian kerna disitu Allah mungkin sedang menguji kita.
Sabar dalam menempuh kehidupan kerana itu akan mematangkan kita.
Ulasan
Catat Ulasan