Langkau ke kandungan utama

Arah Kiblat

Arah Kiblat: Menggunakan Buruj-Buruj Bintang Orion

Firman Allah swt;
Dan (Dia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju.
Surah an Nahl, ayat 16.

"Tahukah anda,buruj Orionmerupakan 3 bintang di langit yang akan anda melihatnya setiap hari di waktu malam walaupun di mana anda berada di planet bumi ini, buruj orion ini akan membentuk 1 garis lurus yang sentiasa menghalakan garisannya terus ke arah bangunan Kaabah"
Konspirasi Dinar Emas

Konspirasi Dinar Emas

Buruj bintang yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan arah kiblat ialah buruj Orion (Al-Babadur). Tiga bintang berderetan dalam buruj ini iaitu Mintaka (δ Orionis), al-Nilam (ε Orionis) dan al-Nitak (ξ Orionis) boleh digunakan sebagai panduan arah kiblat. Buruj Orionakan berada di langit Malaysia ketika waktu Subuh pada bulan Julai dan kelihatan tinggi di langit pada waktu tengah malam pada bulan Disember. Pada bulan Mac dan mana yang berhampiran dengannya, buruj Orion akan berada di tengah-tengah langit ketika waktu maghrib. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah bintang tiga berderet berkenaan ke arah barat.

Selain daripada buruj Orion (Belantik), arah kiblat juga boleh ditentukan dari arah utara dan selatan yang ditunjukkan oleh beberapa buruj bintang. Setelah diketahui kedudukan utara, maka arah kiblat boleh ditentukan berdasarkan perbezaan sudut di antara arah utara dengan arah kiblat. Untuk mengetahui arah kiblat dari mana-mana tempat di Malaysia, pembukalah sudut sebesar 68° ke kiri, iaitu arah kiblat yang dikehendaki. Selain dari bintang kutub, anda juga boleh menggunakan arah selatan yang ditunjukkan oleh buruj Pari.

Fenomena Istiwa Matahari dengan Kaabah


Arah kiblat yang tepat diperoleh apabila berlaku peristiwa istiwa matahari atas Kaabah. Istiwa adalah fenomena apabila matahari berada tepat di titik zenit sesuatu tempat ketika pelintasannya di meridian tempat berkenaan. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari bersamaan dengan nilai latitud tempatan. Fenomena ini hanya berlaku bagi negeri-negeri yang latitudnya kurang dan nilai sudut istiwa maksimum matahari sebanyak 23.5°. Nilai sudut istiwa matahari bersamaan dengan 0° pada 21 Mac setiap tahun, ketika ini pelintasan matahari di meridian bagi negeri-negeri yang terletak di garisan khatulistiwa, berlaku tepat di kedudukan zenit. Berdasarkan keadaan yang sama, matahari juga akan mengalami istiwa dengan Kaabah, ketika sudut istiwa matahari sama dengan latitud Kaabah. Ketika ini, bayang objek tegak di seluruh dunia akan menunjukkan arah ke Kaabah. Fenomena ini boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat.

Menurut hisab, istiwa matahari di alas Kaabah akan berlaku setiap tahun pada 28 Mei pukul 5.16 petang waktu Malaysia dan sekali lagi pada 16 Julai pukul 5.28 petang. Berdasarkan fenomena ini umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menentukan arah kiblat dari tempat masing-masing pada masa tersebut. Oleh kerana peristiwa ini berlaku waktu petang di Malaysia, maka bayang objek yang panjang ketika ini memudahkan penentuan arah kiblat dilakukan. Berdasarkan tarikh dan waktu yang dinyatakan tadi, penentuan arah kiblat boleh dilakukan dengan panduan berikut:

  1. Pilih tempat yang tidak terlindung dan cahaya matahari. Pacakkan satu tiang di semak arah kiblatnya.
  2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Anda boleh menyemaknya dengan menggunakan sebarang pemberat yang diikat pada hujung tiang berkenaan.
  3. Tepat pada masanya (jam 5.16 petang pada 28 Mei atau 5.28 petang pada 16 Julai), bayang yang ditunjukkan tiang tegak, bersamaan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Arah kiblat ialah arah yang bertentangan iaitu menghadap ke barat. Selain dari tiang yang anda pacakkan, semakan boleh juga dilakukan dengan menggunakan bayang yang ditunjukkan oleh tiang bendera, tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang tegak.

    Cara menyemak tiang supaya tegak dan lurus

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Surah Ar Rahman & Tafsir Surah Ar Rahman

Bissmillahirahmanirahim, [1 ] (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. [2 ] Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. [3 ] Dia lah yang telah menciptakan manusia; - [4 ] Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. [5 ] Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu; [6 ] Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. [7 ] Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan, [8 ] Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan; [9 ] Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. [10 ] Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain: [11 ] Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang; [12 ] Demikian juga te

Surat As-Sajdah / (Surah As-Sajdah) (The Prostration) - سورة السجدة.

(Click Surah to Enlarge) ~Bismillahirahmanirahim~ [1 ] Alif, Laam Miim.  [2 ] Diturunkan Al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.  [3 ] (Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian) bahkan mereka mengatakan: "Dia lah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya". (Dakwaan mereka itu tidaklah benar) bahkan Al-Quran ialah perkara yang benar dari Tuhanmu (wahai Muhammad), supaya engkau memberi ingatan dan amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang pemberi ingatan dan amaran sebelummu, semoga mereka beroleh hidayah petunjuk.  [4 ] Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?  [5 ] Alla

Allah tidak Menjadikan Benda dan Makhluk Dengan Sia - Sia

Allah swt tidak menjadikan sesuatu dengan sia sia Firman Allah swt; Surah Ali Imran:190 dan 191 190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal; 191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. --------------------------------------------------- Adalah sekecil kecil makhluk ciptaan Allah itu seperti molekul ais; Adalah ciptaan yang sangat indah tersusun dan gabungan ikatan kimianya adalah sangat tesusun. Semuanya supaya kita temuinya dan agar hati kita akn sentisa besyukur pada Nya. 1 - Sesunguhnya saudara dari sekecil kecil