Dari Aisyah, ia berkata, aku telah mendengar Nabi saw pada sebahagian solatnya membaca:
اللَّهُمَّ حَاسِبْنِى حِسَاباً يَسِيرًا
(Ya Allah hisablah aku dengan hisab yang mudah).”
Ketika beliau selesai, aku berkata, "Wahai Nabi Allah, apa yang dimaksud dengan hisab yang mudah?" Beliau bersabda, "Seseorang yang Allah melihat kitabnya lalu memaafkannya. Kerana orang yang dihisab pada hari itu, pasti celaka wahai Aisyah. Dan setiap musibah yang menimpa orang beriman Allah akan menghapus (dosanya), walaupun duri yang menusuknya."( Imam Ahmad)
Semoga kita akan mengamalkan doa tersebut didalam doa kita sehari harian.
Ulasan
Catat Ulasan