TUJUH TANDA HATI SUDAH MATI *1. Berani Meninggalkan Sembahyang.* Sembahyang lima waktu wajib dilakukan sepanjang hayat dan sengaja meninggalkan satu sembahyang sahaja pun maka dosanya sangat besar dan bergelar ia dengan nama fasiq. Orang yang tidak sembahyang akan diazab di dalam kubur, di padang mahsyar dan di dalam neraka. Orang yang telah mati hatinya tidak merasa bimbang sedikit pun dengan azab yang sedang menungggunya. *2. Merasa Tenang Walaupun Setiap Hari Melakukan Dosa.* Firman Allah : كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوْبِهِمْ مَا كَانُوْا يَكْسِبُوْنَ “Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya segala dosa yang selalu mereka lakukan telah menutup hati mereka.” (Al-Muthaffifin : 14) *3. Jauh Dari Al-Quran.* Tidak ada masa dalam hidupnya untuk membuka Quran, membaca dan memerhatikan maknanya. Sepanjang masa sibuk dengan perkara lain yang dianggap lebih baik dari membuang masa membaca dan memerhatikan makna Al-Quran. Firman Allah : أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ
Wahai tuhan..yang membolak balikkan hati tetapkanlah hati kami pada agama Mu, Perelokkan akhlak kami, Pertunjuki kami jalan yang benar... jangan lalaikan kami setelah diKau tunjukan kami jalan yang lurus.