Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Keutamaan Solat Subuh Berjemaah Di Masjid

1) Keutamaan Solat Subuh; Solat Subuh merupakan Solat Yang Utama. Kerna ia adalah permulaan Hari bagi Hari ini, Solat Subuh adalah Solat yang amat berat kecuali bagi Ornag Orang Yang Beriman, ianya terasa berat bagi orang-orang munafik. Dari Jundab bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu , ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, مَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فَهُوَ فِى ذِمَّةِ اللَّهِ فَلاَ يَطْلُبَنَّكُمُ اللَّهُ مِنْ ذِمَّتِهِ بِشَىْءٍ فَيُدْرِكَهُ فَيَكُبَّهُ فِى نَارِ جَهَنَّمَ “ Barangsiapa yang solat subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Oleh karena itu, janganlah menyakiti orang yang Solat Subuh tanpa jalan yang benar. Jika tidak, Allah akan menyiksanya dengan menelangkupkannya di atas wajahnya dalam neraka jahannam .” (HR. Muslim no. 657) Kemudian Sabda Rasulullah saw; sesungguhnya dua solat iaitu isyak dan subuh adalah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya apabila mereka mengetahui apa yana ada dalam solat subuh dan isyak maka merek

Carilah Rezeki Yang Halal.

Firman Allah swt; "Wahai manusia! Makanlah sebahagian dari makanan yang ada di bumi ini, yang HALAL dan baik, dan janganlah kamu turuti jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata” (Surah al-Baqarah:168). “Dan makanlah dari REZEKI yang diberi Allah kepada kamu, iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman” (Surah al-Mâidah:88). Maka saudara, makanlah kita dari yang halal bagi kita.... terdapat satu kisah yang menarik unutk di kongsikan bersama. Diceritakan oleh Syeikh Malik bin Dinar bahawa ketika beliau sedang makan di dalam rumah, tiba-tiba beliau terpandang seekor kucing datang meluru ke arahnya. Lantas mengambil seketul daging dari pinggannya lalu melarikan diri. Beliau terperanjat melihatkan yang demikian. Walau bagaimana pun beliau terus bangun lalu mengikut dari belakang ke manakah si kucing tadi membawa seketul daging tersebut. Rupa-rupanya si kucing berlari sambil menggigit seketul daging

4 Perkara Setelah Hamba Allah itu Melakukan Dosa

Dari Saad Bin Hilal: ” Sesungguhnya bagi seorang hamba yang melakukan dosa, Allah SWT akan memberi kepadanya 4 nikmat: 1-Rezekinya tidak akan hilang darinya. 2-Kesihatan tidak akan hilang darinya 3-Dosa tidak akan ditunjuk kepadanya di dunia. 4-Azab Allah tidak datang cepat kepadanya. Semuanya ini kerana sifat Allah Yang Maha Mengasihani kepada hambanya.

DOA MEMOHON KEMUDAHAN DAN DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN

DOA MEMOHON KEMUDAHAN اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً “ Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa ” "Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah" DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا Robbanaa aatinaa minladunka rohmataw wahayya lanaa min amrinaa rosyada “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (Q.S. Al-kahfi : 10)