Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

Kisah Di Padang Mahsyar...

Inilah Kisah Dari Hadis Sahih Buat Peringatan Kita.... termasuk saya.... ---------------------------------------------------------------------------------- Kisah Di Padang Mahsyar... Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud: "Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: "Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan

Hidayah by Hijjaz

By Hijjaz. http://www.youtube.com/watch?v=RfmMU2E6GxA&feature=PlayList&p=BAF5A21105F8C191&playnext_from=PL&index=11 Hidayah Tuhan... lama aku gelintar cari arah cahaya menerangi gelita Tuhan.... indahnya hidayah Mu sinari ruang kalbu luruh airmata ku mensyukuri nikmat Mu c/o ooo... Tuhan pimpinlah hati ini utk ku menghayati ooo... petunjuk Mu walau diuji kesabaranku juga keimananku tidak tercabar keyakinan ku pada janji-janji Mu tetap bersujud di hadapan Mu merayu cinta Mu seluruh jiwa aku serahkan hanyalah utk Mu betapa ku bersyukur dengan hidayah yg Engkau berikan semoga selamanya aku kekal di jalan Mu

Petua Mengelakkan Sombong.

" Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri". [Surah Luqman:18] Panduan Dari: Imam Al- Ghazali ---------------------------------------- 1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita. 2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat. 3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui. 4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.. 5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan be

6 Perkara sebagai tegahan, Bagimu Syurga yang dijaminkan.

Rasulullah saw bersabda: “ Jaminlah untukku enam perkara, aku jamin syurga untukmu, iaitu: bercakap benarlah bila kamu berbicara, tepatilah janji bila kamu berjanji, sampaikanlah apabila kamu diberi amanah, jagalah kemaluanmu tahanlah pandangan matamu, dan tahanlah tanganmu .”(Hadith Riwayat Imam Ahmad,Ibnu Hibban, Baihaqi) 1.Bercakap benarlah bila berbicara. Dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Cukuplah seseorang dianggap berbohong apabila dia senantiasa menceritakan semua yang dia dengar. (tanpa diselidiki kebenarannya)” (Riwayat Imam Muslim) 2. Tepatilah janji bila kamu berjanji. Ada dua jenis janji iaitu janji bertulis dan janji secara mulut atau lisan. Kedua-duanya akan ditanya dihari kiamat. Dalam quran disebut: ……dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.(Al-Isra, 34) 3. Sampaikanlah apabila kamu diberi amanah Kiamat berlaku disaat amanah disia-siakan. Kerja juga a