Isnin, 22 April 2013




WAKTU SOLAT & CARA MENGETAHUI ARAH KIBLAT~~

Waktu Solat;  Secara Umumnya adalah seperti Berikut....


Waktu Solat Subuh;
 itu apakala terbit fajar iaitu kita lihat mendung mereh di ufuk Timur dan tamat   
                                         waktunya apakala kita melihat mega kuning di bahagian Timur sudah lenyap;

Waktu Solat Zohor;
 apabila tergelinciri matahari, iaitu jika ditegakkan sebatang kayu atau pancang, sudah 
                                         boleh kelihatan bayang-bayangnya;

Waktu Solat 'Asar;
 ketika melihat kayu atau pancang yg dipacakkan itu mempunyai bayang-bayang sama 
                                       panjang dengan kayu atau pancang tersebut dan luput waktu 'Asar ketika 
                                       bayang-bayang kayu atau pancang yg dicacakkan itu dua kali panjang 
                                       kayu atau pancang tersebut;

Waktu Solat Maghrib;
 ketika matahari sudah tenggelam dan luput waktu Maghrib itu ketika ketika sudah 
                                            malam hari, yakni ketika mega merah arah Barat sudah hilang (i.e. waktu masuk dan 
                                            waktu luput Maghrib itu pendek sahaja, kira-kiran 30 minit sahaja); dan

Waktu Solat Isya'; 
ketika hilang mega merah di ufuk arah Barat dan tamat waktunya ketika hilang gelap 
                                      atau kegelapan malam hari i.e. waktu Isya' itu panjang.




2) PANDUAN MENENTUKAN ARAH KIBLAT



Terdapat beberapa kaedah bagi menentukan arah kiblat seperti berpandukan kepada matahari selain daripada menggunakan kompas penunjuk. Panduan ini amat perlu dipelajari kerana mungkin pada suatu masa kita akan berhadapan dengan situasi yang terdesak seperti di tengah-tengah hutan belantara, pada malam yang gelap gelita, atau pada musim cuaca yang tidak menentu maka bagaimanakah kita hendak menentukan arah kiblat?

Di bawah ini beberapa panduan yang boleh digunakan bagi tujuan menentukan arah kiblat :

 


Kaedah 1 :
Pada waktu malam yang gelap maka carilah bintang tiga sederet dalam bentuk Buruj Belatik (Badabur Orion). Namun kaedah ini memerlukan kepada pengetahuan ilmu bintang.

Kaedah 2 :
Dengan memandang ke arah langit pada malam gelap gelita dan carilah bintang Qutbi (Polaris) . Inilah satu-satunya bintang paling tepat arah utara bumi. Dengan berpandukan bintang ini, arah kiblat boleh dicari tetapi kaedah ini juga memerlukan pada pengetahuan ilmu bintang.

Kaedah 3 :
Jika pada waktu siang hari bolehlah merujuk kepada posisi matahari dengan memerhatikan arah ia terbit dan juga terbenam. Arah terbit adalah pada sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat. Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ianya boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat.

Kaedah 4 :
Dengan menggunakan posisi awal matahari di Kaabah. Kaedah ini adalah berpandukan kepada kedudukan matahari yang akan berada tepat pada suatu tempat. Bagaimanapun kaedah ini hanya boleh berlaku dua kali sahaja dalam setahun dalam pergerakan matahari.

Sekali apabila matahari bergerak menuju titik utara iaitu pada 28 Mei setiap tahun dan sekali lagi pada 16 Julai apabila matahari kembali ke ekuinok.

Penzawalan matahari dengan Kaabah pada waktu hampir zohor akan menyebabkan sebarang objek menjadi tegak di seluruh dunia dan ianya bersamaan dengan arah kiblat.

Mengikut hisab waktu berkenaan ialah 16:16 tengahari waktu di makkah dan bersamaan 5:16 petang waktu di Malaysia. Pacakkan sebarang tiang di kawasan yang lapang untuk menentukan arah kiblat.

Tepat jam 5:16 petang bayang matahari yang jatuh itu adalah bertepatan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari jatuh di sebelah barat maka bayangnya adalah disebelah timur,jadi arah kiblat ialah arah yang berlawanan dari arah timur iaitu sebelah barat.


*

Datuk Hassan Din Al Hafiz - cara mengetahui arah kiblat Dan masuknya waktu solat;



Ahad, 21 April 2013

MAKNA DAN BACAAN DAN PERBUATAN DALAM SOLAT~~

1) Duduk Antara Dua Sujud;


Rabbighfirli.. (Tuhanku, ampuni aku..)

Warhamni.. (Sayangi aku..)  

Wajburnii..  (Tutuplah aib-aibku..) 

Warfa'nii..   (Angkatlah darjatku..) 

Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki..) 

Wahdinii..    (Berilah aku petunjuk..) 

Wa'Aafinii.. (Sihatkan aku..) 

Wa'fuannii..(Maafkan aku..) 

* Selalu Sahaja Kita Lakukan dengan Leka, FAHAMI MAKNANYA, Orang yang Ikhlas Dalam Solatnya Pasti akan Tersentuh Hatinya Jika Tahu apa Maknaya... Itukan Doa Untuk Diri Kita Sendiri x 4 Kali Setiap Waktu.....  




























Rasulullah SAW bersabda:
"Orang yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan menjadikan baginya kemudahan dari setiap kesusahan, jalan keluar daripada kesempitan, serta memberikan rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka."(Riwayat Sunan Ibnu Majah).

Semuanya dalam genggaman Allah SWT




Pada Setiap Sesuatu Itu Ada Sebab dan Kenapa Jadinya Ia Berlaku.
Semuanya adalah tetapan dan Dah Kehandak Nya.

  1. Banyakkan Istighfar dan Musahabah diri, semua yang jadi ada sebabnya..
  2.  Banyakkan Bersabar semua yang jadi ada hikmahnya, walau pun buruk atau baik semua itu Allah MAHA Mengetahui dan AMAT Memahami apa yang jadi pada diri setiap manusia. 
  3. Banyakan Berdoa semoga ALLAH swt tidak akan pernah membiarkan hambanya yang meminta pertolonganNya, "Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunkanlah Dosa Dosa Ku, JanganLah DiKAU Biarkan Nasibku Ditentukan Oleh Diriku Sendiri.... Bantulah Kami "



                       Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.

(AL QURAN : Al-An’aam 6:59)