Rabu, 29 Jun 2011

Keutamaan Solat Subuh Berjemaah Di Masjid




1) Keutamaan Solat Subuh;

Solat Subuh merupakan Solat Yang Utama. Kerna ia adalah permulaan Hari bagi Hari ini, Solat Subuh adalah Solat yang amat berat kecuali bagi Ornag Orang Yang Beriman, ianya terasa berat bagi orang-orang munafik.

Dari Jundab bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فَهُوَ فِى ذِمَّةِ اللَّهِ فَلاَ يَطْلُبَنَّكُمُ اللَّهُ مِنْ ذِمَّتِهِ بِشَىْءٍ فَيُدْرِكَهُ فَيَكُبَّهُ فِى نَارِ جَهَنَّمَ

Barangsiapa yang solat subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Oleh karena itu, janganlah menyakiti orang yang Solat Subuh tanpa jalan yang benar. Jika tidak, Allah akan menyiksanya dengan menelangkupkannya di atas wajahnya dalam neraka jahannam.” (HR. Muslim no. 657)

Kemudian Sabda Rasulullah saw; sesungguhnya dua solat iaitu isyak dan subuh adalah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya apabila mereka mengetahui apa yana ada dalam solat subuh dan isyak maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” HR Ahmad dan An-Nasa’i

2) Keistemewaan Solat Subuh Berjemaah di Masjid

kebanyakan kita mungkin sedar ataupun tidak telah mengabaikan solat subuh berjemaah di masjid, sedangkan ia merupakan pita pengukur kekuatan islam tersebut. mungkin masih belum terlambat untuk saya katakan bahawa kaum kaum lain tak akan gentar dengan ISLAM seandainya kita sendiri tidak support Agama kita sendir. Perhatikan lah solat solat kita... amalkanlah solat berjemaah dimasjid terutamanya solat subuh... kerna disitu terdapat segala macam keberkatan...

saya ada terbaca disatu websites unutk kita kongsi sama sama...

Berikut ini adalah kajian daripada berbagai dalil samawi tentang fadhilah (keutamaan) shalat shubuh.

1. Shalat shubuh memelihara setiap muslim

عن أبي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:من صلى الصبح فهو في ذمة الله رواه مسلم.

Rasulullah SAW bersabda, ”Orang yang melakukan shalat shubuh, maka dia berada di dalam perlindungan Allah”. (HR Muslim)

2. Shalat Shubuh Setara dengan Qiyamullail

من شهد العشاء فكأنما قام نصف ليلة, ومن شهد الصبح فكأنما قام ليلة رواه مسلم.

Orang yang ikut shalat Isya’ (berjmaaah), seolah-olah telah shalat setengah malam. Orang yang ikut shalat shubuh (berjamaah), seolah-olah dia telah melaksanakan shalat sepanjang malam (qiyamullail). (HR Muslim)

3. Shalat Shubuh Menyelamatkan Pelakunya daripada Api Neraka

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لن يلج النار أحد صلى قبل طلوع الشمس وقبل غروبها رواه مسلم

Tidak akan masuk neraka seseorang yang shalat sebelum terbit matahari (shalat shubuh) dan sebelum terbenam. (HR Muslim)

4. Shalat Shubuh Memasukkan Pelakunya ke dalam Syurga

من صلى البردين دخل الجنة

Orang yang melakukan shalat baradain (ashar dan shubuh) masuk syurga

5. Shalat Shubuh Dua Rakaat Lebih Baik dari Dunia dan Segala Isinya

ركعتا الفجر خير من الدنيا ومافيها رواه مسلم

Dua rakaat shalat Fajar (shubuh) nilainya lebih baik daripada dunia dan segala isinya (HR Muslim)

6. Shalat Shubuh Disaksikan oleh Malaikat Malam dan Malaikat Siang

رَوَى التِّرْمِذِيّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَة عَنْ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي قَوْله, ” وَقُرْآن الْفَجْر إِنَّ قُرْآن الْفَجْر كَانَ مَشْهُودًا ” قَالَ: تَشْهَدهُ مَلَائِكَة اللَّيْلوَمَلَائِكَة النَّهَار هَذَا حَدِيث حَسَن صَحِيح.

Abu Hurairah radhiyallahi’anhu meriwayatkan dari nabi SAW tentang ayat [wa quraanal fajri inna quraanal fajri kaana masyhuda]: Shalat shubuh itu disaksikan oleh malaikat malam dan malaikat siang”. (HR Imam At-Tirmizy)

At-Tirmizy mengatakan bahawa riwayat hadits ini hasan shahih.

وَرَوَى الْبُخَارِيّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَة عَنْ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: فَضْل صَلَاة الْجَمِيع عَلَى صَلَاة الْوَاحِد خَمْس وَعِشْرُونَ دَرَجَة وَتَجْتَمِع مَلَائِكَة اللَّيْل وَمَلَائِكَة النَّهَار فِي صَلَاة الصُّبْح

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda, ”Shalat berjamaah lebih diutamakan dari shalat sendirian dengan 25 darjat. Malaikat malam dan malaikat siang bertemu dalam shalat shubuh (HR Bukhari)

7. Orang Yang Shalat Shubuh Akan Mendapat Cahaya Terang di Hari Kiamat

قال صلى الله عليه وسلم: بشر المشائين في الظلم إلى المساجد بالنور التام يوم القيامة رواه الترمذي وا بن ماجه

Rasulullah SAW bersabda, ”Berikan kabar gembira kepada orang-orang yang berjalan kaki di kegelapan malam menuju masjid, bahawa mereka akan mendapatkan cahaya terang yang sempurna di hari kiamat”. (HR Tirmizy dan Ibnu Majah)

8. Orang Munafik Merasa Berat dan Malas untuk Shalat Shubuh

وإذا قاموا إلى الصلاة قاموا كسالى يراؤن الناس ولا يذكرون الله إلا قليلا

(Orang-orang munafik itu) bila melakukan shalat, melakukannya dengan malas. Mereka berlaku riya di hadapan manusia dan tidak mengingat Allah kecuali sedikit.

عن أبي هريرة قال قال صلى الله عليه وسلم: ليس صلاة أثقل على المنافقين من صلاة العشاء والفجر ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبواً رواةالشيخان.

Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, ”Tidak ada shalat yang lebih berat buat orang-orang munafik dari shalat Isya’ dan shalat Shubuh. Seandainya mereka tahu keutaaan keduanya, pastilah mereka akan mendatanginya meski dengan merangkak (HR Bukhari dan Muslim)

وها هو ابن مسعود يقول: لقد رايتنا وما يتخلف عن صلاة الفجر إلا منافق معلوم النفاق

Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata, ”Kami dahulu memandang orang yang tidak ikut shalat shubuh berjamaah sebagai orang munafik dan telah jelas kemunafikannya.

Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu pernah berkata, ”Dahulu kami (para shahabat) bila ada yang tidak datang shalat shubuh dan Isya’ berjamaah, kami berprasangka buruk kepadanya”.

Ibnul Qayyim berkata, ”Tidur di waktu Shubuh akan menghalangi rezeki, kerana waktu shubuh adalah waktu dibagikannya rezeki”.

* Sama Samalha kita beramal... Mulalah Dengan Sikit Sikit tapi istiqomahkan (jadikan Tabiat) didalam pada tu naikkan sikit sikit amalan kita... Bila Lagi Nak Mula? Sapa Yang Boleh Paksa Kita... Melainkan Kita Paksa Diri Kita Sendiri...

Wallahua'lam.....


Jumaat, 24 Jun 2011

Carilah Rezeki Yang Halal. Kerna disitu ada keberkatan

Carilah Rezeki Yang Halal.

Carilah Rezeki Yang Halal.


Firman Allah swt;

"Wahai manusia! Makanlah sebahagian dari makanan yang ada di bumi ini, yang HALAL dan baik, dan janganlah kamu turuti jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata” (Surah al-Baqarah:168).


“Dan makanlah dari REZEKI yang diberi Allah kepada kamu, iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman” (Surah al-Mâidah:88).

Maka saudara, makanlah kita dari yang halal bagi kita.... terdapat satu kisah yang menarik unutk di kongsikan bersama.

Diceritakan oleh Syeikh Malik bin Dinar bahawa ketika beliau sedang makan di dalam rumah, tiba-tiba beliau terpandang seekor kucing datang meluru ke arahnya. Lantas mengambil seketul daging dari pinggannya lalu melarikan diri.

Beliau terperanjat melihatkan yang demikian. Walau bagaimana pun beliau terus bangun lalu mengikut dari belakang ke manakah si kucing tadi membawa seketul daging tersebut. Rupa-rupanya si kucing berlari sambil menggigit seketul daging menuju ke sebuah lubang. BIla sampai di depan lubang tersebut si kucing pun mencampakkan daging yang digigitnya itu. Lalu berundur sedikit ke belakang.

Tidak lama kemudian rupa-rupanya keluar seekor ular yang buta kedua matanya lalu memakan daging tersebut.

Rumusanya, percayalah saudara setiap pada kita dah ditentukan rezeki masing masing. hanyanya banyak dan sedikit itu merupakan satu ujian dari Allah swt keatas hamba hambanya.

Wallahua'lam.

Khamis, 9 Jun 2011

4 Perkara Setelah Hamba Allah itu Melakukan Dosa

Dari Saad Bin Hilal:

” Sesungguhnya bagi seorang hamba yang melakukan dosa, Allah SWT akan memberi kepadanya 4 nikmat:

1-Rezekinya tidak akan hilang darinya.

2-Kesihatan tidak akan hilang darinya

3-Dosa tidak akan ditunjuk kepadanya di dunia.

4-Azab Allah tidak datang cepat kepadanya.

Semuanya ini kerana sifat Allah Yang Maha Mengasihani kepada hambanya.

Ahad, 5 Jun 2011

DOA MEMOHON KEMUDAHAN DAN DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN

DOA MEMOHON KEMUDAHAN

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah"


DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN


رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Robbanaa aatinaa minladunka rohmataw wahayya lanaa min amrinaa rosyada

“Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (Q.S. Al-kahfi : 10)