Khamis, 12 Mei 2011

12 Golongan Manusia yang akan dibangkitkan dari kubur Kelak

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: “Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: “Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” -(Surah an-Naba’:18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:

“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahwa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri…. Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan yaitu:

BARISAN PERTAMA

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: ” Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA

Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: “Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka…”

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”

BARISAN KEEMPAT

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancuran keluar dari mulut mereka. “Mereka ini adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..”

BARISAN KELIMA

Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. “Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”

BARISAN KETUJUH

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalu mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. ” Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”

BARISAN KESEMBILAN

Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. ” Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”

BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih.

Ya Allah ya Tuhan Kami, bantulah kami dalam menjalani hidup ini agar tidah kami menyimpang dari jalan-Mu.. Ya Allah ya tuhan kami janganlah KAU biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walau sedetik pun... pimpinlah kami ya Allah...

8 Panduan Hidup Yang Amat Berguna Untuk Orang Mukmin

الأولى
أني نظرت إلى الخلق فرأيت كل واحد يحب محبوبا فإذا ذهب إلى القبر
1- Aku melihat semua makhluk menyayangi apa yang dimiliki tetapi apabila tiba dikubur

فارقه محبوبه فجعلت الحسنات محبوبي فإذا دخلت القبر دخلت معي .
semua benda yang disayangi akan berpisah dengannya kecuali amalan kebaikan sahaja yang sanggup bersamanya didalam kubur.

الثانية

أني نظرت إلى قول الله تعالى
2- Aku merenung firman Allah SWT

” وأما من خاف مقام ربه ونهى النفس عن الهوى فإن الجنة هي المأوى”
Sesiapa yang takut kepada Allah SWT dan dapat menahan dirinya daripada kemungkaran pasti tempat tinggalnya di dalam Syurga.

فأجهدت نفسي في دفع الهوى حتى استقرت علي طاعة الله .

Maka aku telah berusha menahan diriku daripada melakukan maksiat sehingga aku yakin berada dalam ketaatan kepada Allah SWT

الثالثة

أني نظرت إلى هذا الخلق فرايت أن كل من معه شيء له قيمة حفظه حتى لا يضيع فنظرت إلى قول الله تعالى
3-Aku melihat semua perkara mempunyai nilai dan dijaga sehingga tidak hilang, maka renung firman Allah SWT

” ما عندكم ينفذ وما عند الله باق “

” Apa di sisi kamu akan binasa dan apa yang ada disisi Allah SWT akan kekal abadi

فكلما وقع في يدي شيء ذو قيمة وجهته لله ليحفظه عنده .

Maka apabila aku memiliki sesuatu perkara yang bernilai di sisiku, aku akan serahkan kepada Allah SWT untuk menjaganya.

الرابعة

أني نظرت إلى الخلق فرأيت كل يتباهى بماله أو حسبه أو نسبه ثم نظرت إلى قول الله تعالى

4-Aku melihat kepada kejadian Allah SWT, maka aku dapati semuanya bermegah-megah dengan hartanya, pangkatnya dan keturunannya. lalu aku pandang pada kata-kata Allah SWT

” إن أكرمكم عند الله أتقاكم “

Perkara yang paling mulia di sisi Allah SWT adalah Taqwa kamu

فعملت في التقوى حتى أكون عند الله كريما .

Maka aku beramal dengan Taqwa agar aku menjadi orang yang mulia di sisi Allah SWT

الخامسة

أني نظرت في الخلق وهم يطعن بعضهم في بعض ويلعن بعضهم بعضا

5-Aku melihat manusia menuduh diantara satu sama lain

وأصل هذا كله الحسد ثم نظرت إلى قول الله عز وجل

semuanya ini berpunca daripada perasaan hasad dengki, maka aku renung pada firman Alllah SWT

” نحن قسمنا بينهم معيشتهم في الحياة الدنيا “

Sesungguhnya Kami telah tetapkan bahagian rezeki masing-masing dalam kehidupan di dunia

فتركت الحسد واجتنبت الناس وعلمت أن القسمة من عند الله فتركت الحسد عني .

Maka aku lenyapkan perasaan hasad dengki, aku jauhi manusia, aku telah ketahui bahagian-bahagian yang telah Allah SWT tetapkan untuk diriku. Aku jauhkan perasaan hasad dengki daripada diriku

السادسة

أني نظرت إلى الخلق يعادي بعضهم بعضا ويبغي بعضهم على بعض ويقاتل

6- Aku melihat manusia bermusuhan diantara satu sama lain dan berbunuhan sesama mereka

بعضهم بعضا ونظرت إلى قول الله عز وجل

Maka aku renung firman Allah SWT

” إن الشيطان لكم عدو فاتخذوه عدوا “

Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu, maka jadikanlah syaitan itu sebagai musuhmu

فتركت عداوة الخلق وتفرغت لعداوة الشيطان وحده .

Maka aku hapuskan perasaan permusuhan dan aku jadikan syaitan sebagai musuhku yang paling utama

السابعه

أني نظرت إلى الخلق فرأيت كل واحد منهم يكابد نفسه ويذلها في طلب الرزق

7-Aku melihat manusia bermatia-matian dan sehingga menyeksakan diri dalam mencari rezeki

حتى أنه قد يدخل فيما لا يحل له ونظرت إلى قول الله عز وجل

sehingga mereka sanggup melangkaui batasan-batasan yang telah Allah SWT tetapkan, maka aku merenung firman Allah SWT

” وما من دابة في الأرض إلا على الله رزقها “

Setiap binatang yang hidup melata di atas muka bumi ini telah ditentukan rezekinya oleh Allah SWT

فعلمت أني واحد من هذه الدواب فاشتغلت بما لله علي وتركت ما لي عنده .

Maka aku adalah termasuk makhluk yang Allah SWT telah tetapkan rezekinya oleh Allah SWT, maka aku tidak ambil sesuatu yang bukan Allah SWT tentukan untuk diriku

الثامنة

أني نظرت إلى الخلق فرأيت كل مخلوق منهم متوكل على مخلوق مثله ،

8-Aku melihat manusia berharap sesama manusia yang sama kedudukan sesama mereka

هذا على ماله وهذا على ضيعته وهذا على صحته وهذا على مركزه. ونظرت إلى قول الله تعالى

Mereka bergantung kepada harta dan kesihatan yang akan binasa, maka aku renung firman Allah SWT

” ومن يتوكل على الله فهو حسبه “

Dan sesiapa bertawakkal kepada Allah SWT maka segala-gala yang diperlukan dalam kehidupannya di dunia dan Akhirat telah mencukupi untuk dirinya.

فتركت التوكل على الخلق واجتهدت في التوكل على الله .

Maka aku telah meninggalkan pergantunganku sesama manusia dan aku berusaha bersunguh-sungguh untuk bertawakkal kepada Allah SWT.

Jumaat, 6 Mei 2011

Solatlah Di Awal Waktu !!!


1) Bersolatlah Diawal Waktu;
* Saudara Bersyukurlah kita kepada Allah swt, yg telah menjadikan kita, memelihara kita dan mencukupkan rezeki kita sehingga kini. cara paling utama untuk kita bersyukur ialah dengan menyegerakan Solat 5 Waktu sehari semalam.. samada Solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Juga Isya'. Jika Dapat berjemaahlah diMasjid ataupun jika tidakpun dirumah... dan Ingatlah Semua Makhluk Di Alam ini Tunduk dan sujud Kepada Nya. Dan Allah Maha Melihat dan Mengetahui akan apa yg kita Lakukan. Firmanya Dalam Surah Al-Hijjr;
.Bissmillahirrahmanirahim.


Maksudnya;
[17] Bahawasanya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang
Saabiein, dan orang-orang Nasrani, dan orang-orang Majusi, serta orang-orang Musyrik,
sesungguhnya Allah akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat, kerana
sesungguhnya Allah sentiasa Memerhati dan Menyaksikan tiap-tiap sesuatu.
[18] Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud
kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan
gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari
manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan
kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak
akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan
apa yang dirancangkanNya.
Amin...

* Sesungguhya Allah Semakin Hari kita semakin Jauh dari Rahmatnya. Sahabat Sekalian, tidakkah kita semua perasan yg kita sebenarnya memerlukan Allah! Siapakah yg telah menyediakan Rezeki diatas muka bumi ini? Kita Cuma Perlu ambilnya (ambil dari tempat rezeki tersebut sahaja). Siapakah yg menjaga Alam ini supaya ia bergerak teratur dan xberlanggar antara satu sama lain? Tidakkah kita persan setiap benda itu saling melengkapi satu sama lain???? Pernahkah kita jumpa ciptaan Allah yg x lengkap? Bahkan Rekaan Manusia sendiri Bukan sahaja xlengkap, boleh diUpgrade bahkah kekadang sehingga merosakkan Muka Bumi ini sendiri. Cubalah renung renukan Sejenak, Apakah sikap kita atas perintah Allah... Allah hanya minta kiita Tunduk dan Patuh keatas NYA dan juga atas Perintahnya. Maka seharusnya kita menghargai Suruhanya ini dgn melakukan dengan Bersungguh sungguh.